malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'Mereka macam pukul seseorang’
Diterbitkan:  Feb 27, 2019 3:15 PM
Dikemaskini: 7:28 AM
ADS

INKUES ADIB l Seorang saksi mendakwa bahawa dia melihat kira-kira 30 orang berada dalam formasi bulatan seakan-akan mengelilingi sesuatu apabila kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang membawa Muhammad Adib Mohd Kassim ditinggalkan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Nassaruddin Abdullah, 22, mendakwa kumpulan tersebut melemparkan kata-kata kesat manakala lima daripada enam orang kelihatan sedang memukul, menendang dan menumbuk sesuatu di tanah.

“Selepas itu saya terdengar orang (India) Tamil jerit 'Polis! Polis!' dan 30 orang tersebut lari dari situ.

“Saya berada di kawasan tersebut. Hanya bergerak sedikit,” katanya ketika menjawap soalan dari pegawai pengendali inkues, Hamdan Hamzah.

Nassaruddin yang bercakap dalam bahasa Tamil, adalah saksi ke-17 memberi keterangan pada inkues untuk menentukan punca kematian Adib.

Pada mulanya, pihak berkuasa mendakwa anggota bomba itu meninggal dunia pada 17 Disember akibat kecederaan yang dialami semasa serangan dalam rusuhan pada 27 November lalu.

Sementara itu, Nassaruddin, yang melakukan semula pelbagai gerakan menumbuk dan menendang, berkata serangan berkenaan berlangsung kira-kira seminit.

Walau bagaimanapun, saksi itu berkata dia tidak melihat sama ada kumpulan tersebut membawa sebarang senjata.

Nassaruddin, yang bercakap menerusi seorang jurubahasa, berkata dia juga tidak pasti sekiranya kumpulan itu mengepung seseorang.

"Saya nampak orang Tamil (India) mengelilingi tetapi tidak pasti ada orang atau sesuatu dan (dengar mereka) mencarut mengatakan 'berani kau orang masuk dalam kuil India. Babi korang, pundek.'

"Saya perhatikan gerak laku seolah-olah macam memukul, menendang, menumbuk dan memijak, selepas itu saya dengar orang memanggil polis sebelum kumpulan itu berlalu pergi.

"Bagaimanapun, saya tidak nampak apa dibawah sebelum tiba-tiba melihat ada orang sedang mengusung seseorang yang memakai seluar bomba," katanya.

Saksi yang menganggur itu memberitahu bahawa dia ke kuil malam itu dengan menaiki motosikal ibunya dengan seorang rakannya yang dikenali sebagai Karthik.

Nassaruddin Abdullah: Saya nampak ada dua orang naik tepi lori bomba. Mereka telah memukul cermin lori bomba menggunakan helmet (topi keledar) dan kayu.

Hamdan Hamzah: Yang awak nampak orang naik bahagian mana lori?

Nassaruddin Abdullah: Di kedua-dua sisi depan lori. Bahagian pemandu dan penumpang. Lepas itu saya nampak lori bomba berundur dari kawasan tersebut.

Hamdan Hamzah: Pada masa kamu nampak ada orang baling, barang-barang sampai pada lori?

Nassaruddin Abdullah: Kena atas lori.

Hamdan Hamzah: Apa jadi pada dua orang yang naik lori?

Nassaruddin Abdullah: Mereka memukul dan turun balik dari kenderaan.

Hamdan Hamzah: Pada masa mereka serang lori bomba, nampak ada orang pukul lori?

Nassaruddin Abdullah: Saya nampak ada yang menyerang bahagian hadapan lori bomba menggunakan kayu.

Hamdan Hamzah: Kayu panjang? Pukul bahagian mana?

Nassaruddin Abdullah: 1 meter lebih.... pukul di bahagian hadapan, bahagian bawah cermin

[Baca berita penuh]

Lihat Komen