malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pendedahan terbaru RM2.6b: Bekas PM kata sub judis enggan ulas
ADS

PRK SEMENYIH | Bekas perdana menteri Najib Razak enggan mengulas pendedahan terbaru Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat dalam saman berkaitan 1MDB, menyebutnya sebagai sub judis.

"Saya tak boleh ulas kerana (kes) di mahkamah," katanya apabila ditanya mengenai hal itu ketika berkempen untuk calon BN Zakaria Hanafi di Semenyih.

Beliau ditanya mengenai dakwaan DOJ bahawa AS681 juta daripada Tanore Finance Corp masuk ke akaun “Malaysian Official 1 (MO1)” dengan menggunakan dalih palsu.

Terdahulu, MO1 telah diketahui merujuk kepada Najib.

Bekas perdana menteri berulang kali mempertahankan AS$ 681 juta, yang bersamaan dengan RM2.6 bilion berdasarkan kadar tukaran wang asing pada masa itu, merupakan sumbangan daripada keluarga diraja Arab Saudi.

Beliau juga telah menunjukkan surat-surat yang dikatakan membuktikan dakwaannya mengenai derma itu pada September tahun lepas.

Tanore ialah sebuah syarikat yang mana akaunnya dengan Falcon Bank dikawal oleh Eric Tan Kim Loong, rakan kongsi ahli perniagaan dalam buruan Jho Low.

Pindah wang patuh syariah

DOJ berkata e-mel yang dihantar dari akaun Tan kepada Falcon Bank mendakwa bahawa akaun bank MO1 ialah akaun SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

"E-mel itu juga secara palsu mengemukakan pemindahan AS$681 juta ke akaun itu dibuat berdasarkan perjanjian pembiayaan patuh syariah, yang dikenali sebagai Perjanjian Mudharabah, antara Tanore dan SRC International," kata jabatan itu lagi.

Satu salinan perjanjian pembiayaan yang didakwa ditandatangani oleh Tan dan seorang individu yang digelar "Pegawai 1MDB-SRC" telah dikemukakan kepada Falcon Bank untuk memudahkan pemindahan.

"Pegawai 1MDB-SRC" dipercayai merujuk kepada bekas pengarah SRC International Nik Faisal Ariff Kamil.

DOJ berkata Tanore cuma syarikat 'cengkerang' yang didaftarkan tanpa sebarang perniagaan yang sah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen