malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kematian pegawai penjara tiada unsur jenayah - Polis
Diterbitkan:  Feb 25, 2019 8:57 AM
Dikemaskini: 12:57 AM
ADS

Polis mengesahkan kematian seorang pegawai penjara di kediamannya dalam kawasan Penjara Marang dekat Kuala Terengganu, kira-kira 9 pagi semalam, tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Marang, DSP Mohd Suhaimi Ali berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan di bahagian leher.

Beliau berkata mengikut maklumat awal, mangsa yang tinggal bersendirian, dikatakan tidak hadir ke tempat kerja pada 7 pagi tadi.

“Rakan sekerja yang risaukan keadaan mangsa pergi ke rumahnya di kuarters penjara tersebut selepas cuba menghubungi beberapa kali, namun mangsa tidak menjawab panggilan telefon itu.

“Sebaik sampai di rumah mangsa, didapati pintu rumah berkunci dan rakan mangsa meminta kebenaran pihak penjara untuk memecahkan pintu rumah mangsa. Selepas berjaya memasuki rumahnya, mangsa ditemui antara tingkat bawah dan tingkat satu rumah tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ketika ditemui, beliau berkata mangsa berpakaian biasa dan siasatan polis mendapati tiada sebarang perlakuan jenayah di kawasan kediaman tersebut.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat,” katanya.

Mohd Suhaimi berkata beliau difahamkan jenazah mangsa telah dibawa pulang ke kampung halamannya di Temerloh, Pahang untuk urusan pengebumian.

- Bernama

Lihat Komen