malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Najib, Wee patut faham caj kesesakan kawal masalah trafik - Sim
Diterbitkan:  Feb 24, 2019 1:47 PM
Dikemaskini: 8:22 AM
ADS

Maklum balas negatif bekas perdana menteri Najib Razak dan Presiden MCA Wee Ka Siong mengenai usaha kerajaan untuk menghapuskan tol lebuh raya secara berperingkat dan mengenakan caj kesesakan mengundang rasa terkejut Timabalan Ketua Penerangan PKR Sim Tze Tzin.

Hal ini kata Sim tidak terlalu sukar untuk difahami.

Semalam, kerajaan mengumumkan telah memulakan proses rundingan dengan Gamuda Berhad untuk mengambil alih konsesi empat lebuh raya yang mana syarikat itu memiliki pegangan majoriti.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, dengan kejayaan pengambilalihan tersebut, kerajaan bercadang menghapuskan mekanisma kutipan tol sedia ada.

Sebagai ganti, caj kesesakan (congestion charge) akan diperkenalkan di mana pengguna lebuh raya akan hanya dikenakan caj yang sama dengan kadar tol sedia ada pada waktu puncak selama enam jam sehari.

Menurut Sim yang juga bekas jurutera awam strategi polisi sebegitu telah pun terbukti berkesan dalam mengurangkan atau mengawal masalah kesesakan lalu-lintas semasa waktu kemuncak di negara lain.

Jelasnya, dasar itu akan menghasilkan keputusan pengguna lebuh raya mnukar tabiatnya untk menjimatkan wang serta dalam masa yang sama membantu mengurangkan masalah kesesakan trafik ketika waktu puncak.

"Caj kesesakan telah dilaksanakan di banyak negara di dunia yang telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan seperti di Singaura, Londo, Hong Kong dan Tokyo.

"Oleh demikian, tidaklah sukar untuk dilaksanakan di kota yang sesak deperti Kuala Lumpur," katanya.

Lebuhraya terbabit adalah Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.

Sim yang memiliki Ijazah Sarjana (Master) dalam Kejuruteraan Lebh Raya daripada San José State University berkata sepatutnya Najib dan Wee faham mengenai dasar ini.

"Najib belajar ekonomi. Wee belajar kejuruteraan awam. Caj kesesakan merupakan dasar yang mengaplikasikan ekonomi dalam perancangan dasar pengangkutan.

"Mereka patut tahu manfaat polisi kreatif sebegini. Mngkin say aboleh berikan mereka taklimat mengenai faedah caj kesesakan ini," jelas Sim.

Najib dan Wee meremehkan usaha kerajaan persekutuan untuk menghapuskan bayaran tetap tol lebuh raya dan mengenakan caj kesesakan.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, perkara itu selaras dengan janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan raya lepas untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol dan menghapuskan bayaran tol secara berperingkat.

"Ini sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan kos sara hidup pengguna lebuhraya," katanya.

Kenyataan itu menambah, hasil kutipan caj kesesakan tersebut akan diguna pakai untuk menampung kos operasi serta penyelenggaraan lebuh raya serta bayaran pinjaman.

Lihat Komen