malaysiakini logo
story-image
ADS

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai pendedahan Sarawak Report berhubung wang RM2.5 juta yang didakwa diberikan Umno kepada PAS sebagai deposit untuk Pilihan Raya Umum ke-14.

Beliau berkata ini termasuk isu dana politik RM90 juta yang diberikan kepada PAS.

"Tak ada apa-apa, saya tak tahu pasal tu. Dah tentu RM90 juta tu pun tak ada apa," katanya ketika bergegas untuk menghadiri program di Semenyih.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program 'Sembang Santai Bossku' di Bangi hari ini. 

Semalam, Sarawak Report melaporkan seorang pembantu bendahari umno, Salleh Said Keruak memasukkan wang tunai RM2.5 juta ke akaun Bank Islam milik PAS.

Wang itu didakwa digunakan untuk membayar deposit pilihan raya.

Pada PRU lalu, PAS bertanding di 155 kerusi Parlimen iaitu jumlah kerusi paling banyak ditandingi berbanding parti politik lain di negara ini.

Deposit untuk bertanding kerusi parlimen adalah RM10,000 manakala kerusi negeri pula ditetapkan sebanyak RM5,000. 

Lihat Komen