malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Sultan Johor serah balik kuota balak baginda'
Diterbitkan:  Feb 20, 2019 2:17 PM
Dikemaskini: 8:18 AM
ADS

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan supaya tindakan penguatkuasaan bagi menjaga kawasan hutan di negeri itu dipertingkatkan.

Menurut pejabat media diraja, baginda juga menitahkan supaya pelan tindakan dirangka untuk pemuliharaan khazanah hutan serta penjagaan hidupan liar.

Memetik Pengarah Perhutanan Johor, Datuk Jeffri Abd Rashid, kerajaan Johor telah menghentikan pengeluaran kuota pembalakan sejak 2014, atas titah nasihat baginda.

“Malah DYMM Tuanku sendiri telah menyerahkan semula kuota pembalakan yang diperuntukkan kepada baginda sehingga kini,” menurut status itu.

Pada 14 Februari lalu, laporan khas Malaysiakini mendedahkan Forest City Golf Resort dibina atas satu lagi kawasan yang dilindungi iaitu Hutan Simpan Sungai Pulai.

Perhatian terhadap hutan simpan di Johor menjadi perhatian, terutama selepas laporan mendedahkan status taman negara Pulau Kukup ditukar kepada tanah kesultanan.

Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat exco pada 24 September 2018 dan warta pembatalan, yang dilihat Malaysiakini, dikeluarkan pada 25 Oktober.

Pada 5 Disember lalu, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi jaminan ia akan terus kekal sebagai taman.

Lihat Komen