malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
MCA dakwa pertemuan Mujahid-Uighur campur tangan urusan China
Diterbitkan:  Feb 20, 2019 5:45 AM
Dikemaskini: 5:45 AM

Pertemuan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa dengan Kongres Dunia Uighur dan Persatuan Uighur Amerika bulan lalu menimbulkan rasa tidak puas hati oleh MCA.

Beijing pernah menuduh kedua-dua gerakan itu terbabit dalam gerakan pemisahan.

Dalam hantaran di Facebook semalam, ketua biro agama MCA Perak, Jimmy Loh mengkritik menteri itu yang didakwanya campur tangan dalam masalah domestik negara asing sambil mengabaikan nasib rakyat Malaysia.

"Saya harap Malaysia tidak menjadi alat kepada pihak lain. Ini akan memalukan," katanya.

 Menurut Wikipedia, Kongres Dunia Uighur terdiri daripada kumpulan Uighur dalam pembuangan yang bercita-cita untuk "mewakili kepentingan kolektif masyarakat Uighur" di dalam dan di luar Xinjiang, China.

Susulan penahanan besar-besaran dan pengawasan ketat kaum minoriti Uighur yang beragama Islam dan kumpulan Islam lain yang menganggap Xinjiang sebagai negara mereka, Beijing dibidas oleh masyarakat antarabnagsa, khususnya negara-negara Islam.

China menafikan kewujudan pusat yang dinamakan "pendidikan semula" selama beberapa bulan tetapi kemudian melabelkannnya sebagai pusat latihan vokasional yang diwujudkan untuk memerangi pelampau agama.

Mujahid menyiarkan gambar pertemuannya dengan pemimpin kumpulan di Facebook pada 14 Januari.

 

Antara lain, katanya, salah seorang pemimpin meminta kerajaan Malaysia mengangkat isu penindasan kaum Han terhadap etnik Uighur ketika ini. menaikkan nasib kaum Uighur.

Malaysiakini telah menghubungi pejabat Mujahid untuk mendapat ulasan menteri itu.

Nyatakan sokongan anda pada kewartawanan mapan

Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk melaporkan kebenaran. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini sebagai sumber kewartawanan berkualiti. Berjuta-juta orang bergantung kepada Malaysiakini untuk mempertahankan ketelusan dan keadilan.

Tanpa tauke untuk menentukan bentuk pemberitaan; bebas daripada pengaruh politik dan komersial, Malaysiakini hanya mempunyai satu sahaja bos - anda, rakyat.

Mengambil kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih atas rasa cinta anda kepada tanah air serta kepercayaan yang diberikan untuk kami menggalas tugas ini - sebagai semak dan imbang kepada kekuasaan.

Kami bergantung kepada langganan anda untuk mempertahankan pendirian ini. Terima kasih.

Lihat Komen