malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ahli Umno mahu Syed Saddiq disiasat kerana 'laporan palsu'
ADS

Seorang ahli Umno membuat laporan polis ke atas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman atas dakwaan membuat laporan palsu dengan mengatakan dirinya diserang.

Mohd Ismawi Ismail mendakwa, dia berada 10 kaki dari Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo - ketika kejadian yang dikatakan Syed Saddiq dicekak.

"Kenapa dia (Syed Saddiq) lalu dekat situ, patut dia berakal.

"Yang saya nampak provokasi yang berlaku apabila dia lalu di tempat melibatkan penyokong BN," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di ibu pejabat polis Kajang hari ini.

Sabtu lalu, kekecohan berlaku antara penyokong BN dan rombongan Syed Saddiq selepas penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Semenyih.

Syed Saddiq kemudian membuat laporan polis terhadap Papagomo yang membawa kepada penahanan pemimpin Pemuda Umno itu.

Sementara itu, Mohd Ismawi, 40, yang merupakan pesaran tentera, mendakwa beberapa individu dalam rombongan Syed Saddiq menunjukkan jari tengah dan mengeluarkan kata-kata kasar kepada penyokong BN pada hari kejadian berkenaan.

Mohd Ismawi menggesa polis menyiasat Syed Saddiq di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Dia juga mahu menteri berkenaan disiasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas dakwaan menyiarkan kenyataan prejudis di akaun media sosial.

Ketika hadir membuat laporan polis, Mohd Ismawi ditemani Naib Presiden Pemuda Umno Amin Mohd Shukor, bersama kira-kira 80 anggota Pemuda Umno dari Johor, Terengganu dan Pahang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen