malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Da Ma Cai taja polis: Saya tak ingat, kena semak semula, kata Zahid
ADS

Bekas menteri dalam negeri, Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau perlu menyemak terlebih dulu sama ada syarikat perjudian Da Ma Cai pernah menaja Polis Diraja Malaysia (PDRM) sewaktu beliau memimpin kementerian itu.

Bagaimanapun katanya, jika perkara itu berlaku, kerajaan hari ini wajar menyiasat.

"Saya kena periksa balik rekod itu, tidak semua saya ingat.

"Kalau perkara itu ada kebenarannya, saya fikir kerajaan sekarang harus adakan siasatan.

"Kerana kita tidak pernah berkompromi dengan perjudian sebab apa juga judi adalah haram di sisi Islam," katanya ketika ditemui pada program BN sempena pilihan raya kecil (PRK) Semenyih malam ini.

Sebelum ini, isu kos lawatan Ketua Polis NegaraMohamad Fuzi Harun dan 16 pegawai tinggi PDRM ke Turki yang ditanggung syarikat nombor ramalan berkenaan mencetuskan kontroversi.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sebelum ini mengesahkan bahawa kos lawatan Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun dan beberapa pegawai kanan polis ke Turki ditanggung Da Ma Cai.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Muhyiddin Yassin mengesahkan Mohamad Fuzi mengetuai sekumpulan pegawai kanan polis dalam lawatan ke Istanbul untuk belajar kaedah membanteras perjudian atas talian dengan tajaan syarikat itu.

Sarawak Report pada 10 Februari lalu bahawa kira-kira 16 pegawai kanan polis menyertai lawatan itu, dan kemungkinan sejumlah RM312,441 telah dibelanjakan untuk penerbangan kelas perniagaan dan penginapan lima bintang.

Lihat Komen