malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Zuraida: Wanita PKR cadang 3 nama calon PRK Rantau
Diterbitkan:  Feb 19, 2019 8:45 PM
Dikemaskini: 12:45 PM
ADS

Wanita PKR mencadangkan tiga calon wanita untuk dipertimbangkan pemimpin parti bagi bertanding dalam pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.

Naib Presidennya Zuraida Kamaruddin berkata ketiga-tiga mereka merupakan anak tempatan.

"Kami sangat konsisten dalam mempromosikan wanita sebagai calon kerana kami masih kekurangan wanita di kerusi Parlimen dan ADUN. Oleh itu, kita perlu mempromosikan lebih banyak wanita.

"Wanita sudah ada beberapa nama, kita boleh hantar untuk pertimbangan," katanya kepada pemberita selepas menutup Forum Perbandaran Malaysia di Kuala Lumpur, hari ini.

Semalam, Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Khas Pilihan Raya Seremban yang mengisytiharkan kemenangannya di DUN Rantau dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Mei tahun lalu, sebagai terbatal dan tidak sah.

Berikutan itu, PRK DUN Rantau perlu diadakan semula.

Dalam PRU14 lalu, calon PKR Dr S Streram yang sepatutnya bertanding bagi kerusi berkenaan dihalang masuk ke pusat penamaan calon oleh petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana tidak memiliki pas SPR.

- Bernama

 

Lihat Komen