malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
PSM bidas calon PH enggan sertai debat
Diterbitkan:  Feb 19, 2019 8:31 PM
Dikemaskini: 12:31 PM
ADS

PRK SEMENYIH | Parti Sosialis Malaysia (PSM) menyatakan rasa kecewa susulan calon Pakatan Harapan (PH) bagi pilihan raya kecil (PRK) Semenyih Muhammad Aiman Zainali enggan menyertai debat anjuran Bersih.

Bercakap kepada Malaysiakini, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM S Arutchelvan menyorot bagaimana pemimpin PH sebelum ini menyindir Najib Razak kerana enggan menyertai debat terbuka ketika menjadi perdana menteri.

"Dalam Malaysia baru, kita mahu menggalakkan debat. Tindakan calon PH menolak menyertai debat tidak boleh diterima," katanya.

Tambah Arutchelvan, PH bimbang akan kehilangan kerusi DUN itu, maka debat berkenaan merupakan platform yang sesuai untuk meyakinkan pengundi.

Arutchelvan berkata, PSM juga kecewa dengan calon BN Zakaria Hanafi yang turut enggan menyertai debat itu.

Debat berkenaan, kata Arutchelvan, akan membolehkan pengundi, dan rakyat Malaysia secara umumnya untuk memahami dan menilai calon berdasarkan hujah masing-masing.

"Jika anda tidak boleh terlibat dalam debat seperti ini, macam mana kita boleh harapkan mereka berdebat dalam Dewan Undangan Negeri sekiranya dipilih?" soalnya.

Justeru, Arutchelvan menggesa pengundi menolak calon yang enggan menyertai debat.

Ahad lalu, calon PSM Nik Aziz Afiq Abdul bersetuju untuk terlibat dalam debat itu.

Seorang lagi calon bagi PRK Semenyih yang akan diadakan 2 Mac ini ialah Kuan Chee Heng.

PRK itu diadakan selepas penyandangnya, Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia.

Calon PH merupakan menantu kepada Allahyarham Bakhtiar.

[Baca berita asal]

Lihat Komen