malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Muhyiddin: Elak hina agama, raja di media sosial
Diterbitkan:  Feb 19, 2019 8:07 PM
Dikemaskini: 12:07 PM
ADS

Pengguna media sosial perlu mengelak daripada menghina agama dan raja kerana ia bukan satu perkara yang kecil, kata Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata amaran dan peringatan supaya tidak menghina agama dan raja di media sosial sudah lama dikeluarkan.

"Polis akan bertindak jika menerima laporan. Seelok-eloknya pengguna media sosial perlu elak sebarang tindakan menghina agama dan raja," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW, selepas sambutan ulang tahun ke-47 Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.

Hari ini, 11 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis di Kuala Lumpur meminta pihak berkuasa menyiasat seorang pemilik akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW dan isteri baginda Saidatina Aishah.

Polis sebelum ini menahan seorang lelaki berusia 68 tahun di Mentakab, Temerloh bagi membantu siasatan kes berkenaan ekoran satu laporan polis yang dibuat di Batu Pahat.

- Bernama

Lihat Komen