malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Agong kurnia 200 pingat, hanya seorang ahli politik dapat
Diterbitkan:  Feb 19, 2019 3:43 PM
Dikemaskini: 10:29 AM
ADS

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) kepada 200 penerima sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara.

Cukup menarik hanya seorang sahaja daripada senarai penerima terdiri daripada ahli politik iaitu MP Hulu Langat Hasanuddin Mohd Yunus yang menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW).

Menurut Bernama 27 Individu PMW pada tahun ini yang membawa gelaran Datuk, termasuklah juga Profesor Ginekologi dan Pendidikan Perubatan (Pengajaran Klinikal) Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Harlina Halizah Siraj @ Ramli.

Penganugerahan terhadap Hasanuddin berkaitan kerja-kerjanya dalam pertubuhan amal Humanitarian Care Malaysia Bhd (MyCare).

Hasanuddin dan Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad ialah anggota Amanah.

Satu kurniaan darjah Datuk Seri

Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri, Jalil Marzuki mengetuai senarai penerima. Beliau satu-satunya penerima darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran "Datuk Seri" bagi tahun ini.

Pada tahun lalu terdapat 22 orang penerima pingat SMW. Penerima termasuklah ahli politik BN Ahmad Maslan, Razali Ibrahim dan M Saravanan, yang menjadi timbalan menteri ketika itu.

Tahun hanya 200 pingat dikurniakan berbanding 370 darjah kebesaran pada tahun lalu. Difahamkan senarai penerima diteliti oleh menteri WIlayah Persekutuan dan ketua setiausaha negara.

Istiadat pengurniaan bintang-bintang kebesaran masih baru bermula pada 2008.

Pingat Johan Mahkota Wilayah (JMW) dikurniakan kepada 36 orang termasuklah pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Prof Madya Dr Sharifah Hayaati Syed Ismail.

Seramai 36 orang menerima darjah Ahli Mahkota Wilayah (AMW), antaranya atlet akuatik terjun negara Nur Dhabitah Sabri dan aktivis wanita serta bekas pengarah eksekutif NGO WAO, Ivy Josiah.

Tiga lagi atlet kebangsaan merupakan antara 68 orang penerima pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW), iaitu atlet sukan angkat berat Jabriella Teo Samuel dan Muhammad Erry Hidayat Muhammad Hidayat serta atlet sukan boling padang Nur Ain Nabilah Tarmizi.


Nota editor: Versi awal laporan ini berdasarkan maklumat kurang tepat menyebut "tiada ahli politik yang mendapat pingat pada tahun ini" telah dipinda. 

Lihat Komen