malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mengapa sebahagian acara langsung tak disiarkan, soal menteri
ADS

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, beliau tidak mengarahkan setiausaha akhbarnya, Lim Swee Kuan untuk mendesak supaya tindakan diambil ke atas pegawai dan kakitangan RTM yang tidak menyiarkan laporan mengenai menteri itu semasa sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 di Seremban.

"Saya tidak pernah memberikan sebarang arahan (kepadanya). Dia (Lim) menulisnya (kenyataan itu) berdasarkan perasaan sendiri," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur pagi tadi.

Loke juga berkata beliau menyerahkan kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh untuk menyiasat perkara berkenaan.

Pada Ahad lalu, Lim membidas RTM kerana tidak menyiarkan ucapan Loke dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun semasa lintas langsung majlis itu.

"Tak ada satu patah perkataan ucapan Aminuddin dan Loke Siew Fook disiarkan [...] apakah ini kalau bukan sabotaj?

"Tindakan mesti diambil terhadap kemungkinan besar langkah sabotaj ke atas pentadbiran kerajaan ini," katanya.

Mengulas lanjut, Loke berkata, program sedemikian memang sepatutnya disiarkan secara langsung termasuk ucapannya dan menteri besar.

Ditanya wartawan sama ada ini adalah campur tangan terhadap kebebasan media di negara ini, pemimpin DAP itu menafikannya.

“Ini bukan soal campur tangan kebebasan media. Ia adalah acara langsung, sebahagian acara langsung dikeluarkan (tidak disiarkan).

“Ini isu sebenarnya. Nombor satu, itu (RTM) stesen TV kerajaan. Sepatutnya liputan itu acara langsung keseluruhan majlis tetapi ada bahagian yang dikeluarkan. Saya fikir ini isu utama,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen