malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Menteri: Hamid Sultan boleh lapor polis jika rasa terancam
ADS

Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer boleh membuat laporan polis jika beliau merasa terancam susulan dakwaan salah laku hakim yang dibuat menerusi afidavitnya minggu lalu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Liew Vui Keong.

"Sebagai hakim, saya rasa keselamatan bersamanya. Jika dia rasa nyawanya terancam, dia ada hak untuk buat laporan polis dan polis boleh siasat.

"Jika ada kebenaran dalam kata-katanya, mereka (polis) boleh sediakan perlindungan untuknya," kata Liew kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin juga menggesa Hamid membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk mendapatkan perlindungan.

Sabtu lalu, Muhyiddin berkata kerajaan belum membuat keputusan untuk menyediakan perlindungan kepadanya.

Minggu lalu, Hamid antara lain mendakwa ada hakim yang membantu pihak swasta untuk menipu kerajaan.


BacaGempar! Komplot kerajaan, hakim, swasta tipu duit rakyat


Beliau membuat dakwaan itu dalam afidavit sokongan terhadap permohonan peguam Sangeet Kaur Deo untuk mengisytiharkan bahawa ketua hakim negara gagal mempertahankan integriti dan kredibiliti badan kehakiman berhubung dua kejadian campurtangan dalam badan berkenaan.

Beliau mendakwa penipuan dilakukan melalui penama politik yang memeterai kontrak dengan kerajaan.

Dalam afidavitnya, beliau berulang kali menegaskan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) perlu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini.

Dalam pada itu, Liew berkata siasatan terhadap kes melibatkan mereka dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sedang berjalan.

"Laporan telah dibuat dan siasatan perlu dijalankan. Kita serahkan kepada polis, kita tak boleh dan tak akan campur tangan," katanya lagi.

Lihat Komen