malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PH pula tolak pelawaan debat calon anjuran Bersih
ADS

Calon Pakaran Harapan di Semenyih Muhammad Aiman Zainali menolak turut serta dalam debat anjuran Bersih.

Ketika ditanya pendiriannya, beliau bertanya kembali “debat yang mana?”.

Ketika dijelaskan, beliau berkata:

“Oh, (debat anjuran) Bersih.

“Kita tak ada ikut sertalah (acara) itu,” kata graduan kejuruteraan elektrik itu ketika ditemui di Kampung Baharu Semenyih pagi ini.

Ditanya kenapa pendekatan kali ini berbeza dengan pilihan raya kecil Cameron Highlands sebelum ini, beliau berkata:

“Ya, tengoklah nanti.

“Tapi buat masa sekarang kita tak ikut serta,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Calon BN Zakaria Hanafi juga telah menolak debat itu atas alasan mahu menumpukan kepada usaha bertemu pemilih.

Hanya calon Parti Sosialis Malaysia's (PSM) Nik Aziz Afiq Abdul yang bersedia untuk berdebat dalam acara itu setakat ini.

Bersih bercadang mengadakan debat itu di kampus Universiti Nottingham Malaysia pada 25 Februari.

Lihat Komen