malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Masyarakat fikirkan kos sara hidup bukan politik, kata Anwar
Diterbitkan:  Feb 19, 2019 11:49 AM
Dikemaskini: 3:49 AM
ADS

Rakyat lebih mementingkan isu tentang kos sara hidup dan tadbir urus yang baik daripada mengambil berat tentang perihal politik yang berlaku di negara ini, kata Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Malah, kata beliau, orang ramai lebih lebih gemar jika ahli politik memberi tumpuan penuh kepada usaha mempertingkatkan ekonomi negara.

“Apabila saya berbual dengan orang ramai di akar umbi, isunya tidak lain selain daripada kos sara hidup dan tadbir urus.

“Hanya beberapa orang sahaja yang ambil kisah tentang politik pada ketika mereka perlu mengikat perut.

 “Mereka lebih suka jika ahli politik memberi fokus kepada usaha memperbaiki ekonomi dan keadaan negara,” katanya melalui ciapan dalam di Twitter hari ini.

Anwar menjadi tumpuan susulan pendedahan PAS bahawa terdapat dua parti dalam Pakatan Harapan (PH) yang mungkin merancang pembelotan terhadap Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Setiausaha Agong PAS, Takiyuddin Hassan, ketika menjawab kontroversi pertemuan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dengan Dr Mahathir berkata, parti itu akan berdiri teguh menyokong kepimpinan Dr Mahathir jika berlaku pengkhianatan dalam pentadbiran kerajaan PH.

Takiyuddin berkata sehubungan itu, PAS telah mengemukakan surat perakuan bertulis kepada Dr Mahathir selaku pengerusi Bersatu dalam pertemuan yang berlangsung di Yayasan Al-Bukhary, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Lihat Komen