malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Kes Rizal Mansor dipindah ke mahkamah sama dengan Rosmah
ADS

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini, membenarkan permohonan kes rasuah bekas pegawai khas Najib Razak, Rizal Mansor, dipindahkan ke mahkamah yang membicarakan kes membabitkan isteri bekas perdana menteri, Rosmah Mansor.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mohktar, supaya kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dan ini tidak dibantah oleh peguam Rizal, N Yohendra,

Terdahulu, Mohd Dusuki memberitahu mahkamah, pihak pendakwaan sudah menyerahkan afidavit sokongan dan notis usul pada 11 Februari lalu untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Kes berkenaan sekarang akan dibicarakan oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan dan mahkamah menetapkan 21 Februari ini untuk sebutan semula.

Pada 15 November tahun lalu, Rizal didakwa dengan empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM5.5 juta untuk dirinya dan Rosmah berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar sekolah luar bandar di Sarawak.

Dia mengaku tidak bersalah untuk semua pertuduhan itu dan minta dibicarakan

Lihat Komen