malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ambiga beri 2 sebab kenapa hukuman mati patut mansuh
ADS

Bekas pengerusi Majlis Peguam Malaysia S Ambiga mengharapkan pemansuhan hukuman mati mandatori, hukuman yang dianggapnya sebagai zalim.

Ambiga menggariskan dua sebab utama mengapa hukuman mati patut dimansuhkan, iaitu ketidakberkesan hukuman dalam menghalang jenayah dan kemungkinan melaksanakan hukuman yang tidak bersalah.

Beliau berkata demikian ketika bercakap mengenai kedaulatan undang-undang, pembaharuan undang-undang dan kerajaan bersih semasa majlis Festival Demokrasi di Kuala Lumpur hari ini.

"Tidak ada alasan mengapa hukuman mati tidak boleh dimansuhkan secara keseluruhannya kerana dua sebab utama, pertama sekali, ia tidak berfungsi, sudah tentu anda mempunyai 100 orang yang hadir dan berkata 'ya, ia berfungsi' dengan tiada bukti untuk menyokong tuntutan mereka," jelasnya.

Ambiga berkata sebab kedua ialah jika kesilapan dibuat masalahnya tertuduh telah telahpun dihukum.

"Banyak bukti yang menunjukkan kesilapan telah dibuat. Bagaimana kita boleh hidup dengan itu? Kita mengambil nyawa dan mengatakan tidak mengapa kerana ia membantu mencegah jenayah.

"Bagi saya ini tidak boleh diterima. Balas dendam tidak boleh menjadi dasar hukuman.

"Hukuman mati boleh dimansuhkan dan mesti dimansuhkan," katanya.

Dijangka bentang di Dewan Rakyat

Rang undang-undang untuk menghapuskan hukuman mati dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada bulan depan.

Tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong berkata, Pejabat Peguam Negara dalam peringkat akhir untuk menyediakan kertas perundangan bagi tujuan ini.

Beliau mengumumkan kabinet telah memutuskan hukuman mati bagi 33 kesalahan di bawah lapan akta undang-undang akan dimansuhkan, termasuk Seksyen 302 Kanun Keseksaan (pembunuhan).

Beliau berkata keputusan yang dicapai secara kolektif pada 10 Oktober ini juga termasuk Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971, Akta Senjata Api 1960, Akta Penculikan 1961, Akta Angkatan Tentera 1972, Akta Industri Perkhidmatan Air 2006, Akta Perdagangan Strategik 2010 dan Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanapun, pada 14 Februari lalu, Liew berkata keputusan muktamad akan dibuat kabinet dengan mengambil kira pandangan semua pihak yang berkepentingan termasuk NGO, banduan dan keluarga mereka, serta keluarga yang kehilangan orang tersayang akibat jenayah.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen