malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Papagomo mahu saman fitnah Syed Saddiq
Diterbitkan:  Feb 17, 2019 3:55 PM
Dikemaskini: 7:55 AM
ADS

Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo akan memfailkan saman fitnah terhadap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Papagomo dipetik Utusan Malaysia berkata tindakan saman itu kerana tuduhan yang dilemparkan ke atasnya yang didakwa mencekik ketua Pemuda Bersatu dalam insiden kekecohan selepas penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Semenyih, semalam.

Papagomo juga akan membuat laporan polis terhadap anggota Parlimen Muar itu atas dakwaan memberi keterangan serta membuat laporan palsu.

“Syed Saddiq kata dicekak. Tapi kita ada video dan bukti. Lagi pun fikir secara logik. Jika benar saya buat kesalahan, mengapa tidak tangkap saya terus ketika insiden sedangkan polis ramai ketika itu.

“Saya hanya datang kepada beliau dan cakap ‘Kau ni bodoh’ sambil memeluk bahunya kerana saya tidak mahu apa-apa insiden tidak diingini berlaku. Itu sahaja,” katanya.

Dalam klip video 22 saat yang memaparkan kekecohan itu, Syed Saddiq dilihat dikerumuni penyokong BN, sambil diiringi polis dan Unit Amal PAS, sambil dieekori sekumpulan individu yang menjerit.

Berikutan insiden tersebut Syed Saddiq membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Way dan polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung insiden itu daripada anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Kajang.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen