Pengiklanan

    PRK Semenyih: Hadi, Mat Hasan bakal kongsi pentas - Tajuddin


    (Dikemaskini )

    Presiden PAS Abdul Hadi Awang akan hadir di Semenyih bagi berkempen untuk calon BN Zakaria Hanafi, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Tajuddin Abdul Rahman.

    "Ya, dia akan turun," kata MP Pasir Salak itu pada sidang media di Bukit Mahkota di Semenyih hari ini.

    Tajuddin diberi tanggungjawab oleh Umno untuk menjaga kawasan Bukit Mahkota yang merupakan salah satu dari 23 Pusat Daerah Mengundi (PDM).

    Katanya, presiden PAS itu juga dijangka berkempen di Bukit Mahkota. Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan tarikh majlis kempen yang bakal disertai MP Marang di Semenyih.

    Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Sungai Buloh Megat Firdaus Megat Junid berkata Hadi dijangka berkongsi pentas ceramah bersama Timbalan Presiden yang menjalankan tugas presiden Umno Mohamad Hasan.

    "Dijadual turun, presiden PAS, ceramah bersama Mohamad Hasan dan Haji Hadi," kata Megat Firdaus.

    Mahathir mendakwa Hadi ketika bertemunya pada 15 Februari lalu telah berjanji PAS tidak akan menyokong BN pada PRK Semenyih.

    Kenyataan Mahathir dinafikan pemimpin Umno dan PAS, termasuklahlah Naib Presiden PAS Iskandar Samad dan Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

    Mahathir mengulang semula kenyataannya hari ini berkata Hadi bersama Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri telah membuat pengakuan tersebut dalam perjumpaan Jumaat lalu.

    Bagaimanapun, pada sidang akhbar hari ini, Megat Firdaus menyangkal kenyataan itu berkata pekerja parti PAS dan Umno, malahan pada malam tadi telah hadir mesyuarat dan melakukan gerak kerja bersama.

    [Baca berita penuh] 

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih