Pengiklanan

    Bersatu masuk ke Sabah nak pecah penguasaan Warisan, dakwa Tajuddin


    (Dikemaskini )

    Bersatu mahu melebarkan sayapnya ke Sabah dengan niat untuk melemahkan kekuatan Ketua Menteri Shafie Apdal, dakwa Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tajuddin Abdul Rahman.

    MP Pasir Salak itu selanjutnya mendakwa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Bersatu dikenali kerana strategi pecah dan perintah.

    "Mahathir is known for that, his strategy divide and rule, jadi sekarang dia pergi Sabah dia pecahkan, dia tak nak Shafie Apdal kuat sangat, Bersatu tubuh di sana, jadi berkelahi di sana," katanya kepada media di Bukit Mahkota di Semenyih.

    Beliau ditanya mengenai niat Mahathir mengeluarkan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang berjanji partinya tidak akan menyokong BN pada PRk Semenyih.

    "Takde, senang saja, dia nak melemahkan kerjasama PAS dengan Umno, itu tujuan, selagi kita bekerjasama gabung, kita menang, kalau dia takut kita menang, kenapa dia nak buat helah ini, ini semua helah dia, strategy politic dia.

    "He is desperado, nak pecah belah kan. You can see muka dia, mimik muka itu nampak betul dia bohong," dakwa Tajuddin lagi.

    Setakat ini, Warisan memegang 29 kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri di Sabah, menjadikannya parti pemerintah dengan majoriti besar.

    [Baca berita penuh]

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih