Pengiklanan

    Calon PSM sedia sertai debat anjuran Bersih

    (Dikemaskini )

    PRK SEMENYIH | Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi pilihan raya kecil (PRK) Semenyih Nik Aziz Afiq Abdul bersetuju menyertai debat anjuran badan pendesak pembaharuan pilihan raya Bersih.

    Bersih merencana untuk mengadakan debat yang menampilkan empat calon PRK Semenyih di kampus University of Nottingham Malaysia di kawasan itu pada 25 Feb.

    "Jawapan saya sama, ketika mereka hantar teks mesej dan melalui surat, saya cakap saya sedia sepenuhnya dan saya rasa kita perlukan debat.

    "Ini aras demokrasi semakin subur di negara kita. Ini debat calon, satu hari nanti mungkin kita akan tengok debat perdana menteri, debat ketua pembangkang dan sebagainya.

    "Kita mengharapkan rakyat tahu siapa orang yang mereka pilih," katanya dalam sidang media di Pekan Semenyih hari ini.

    Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvan yang turut hadir pada sidang media itu menggesa pengundi menolak calon yang enggan menyertai debat berkenaan.

    "Kita tengok debat di (PRK) Cameron Highlands, calon BN tidak masuk dalam debat, saya ingat ini budaya yang tak baik, saya ingat dalam debat itu, peluang untuk rakyat tengok dalam TV membentangkan isu.

    "Calon yang tak datang (sertai debat) perlu ditolak," katanya.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih