malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Nik Aziz isytihar harta, harap calon lain ikut jejak langkah
ADS

PRK SEMENYIH | Calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) bagi pilihan raya kecil (PRK) Semenyih Nik Aziz Afiq Abdul mengisytiharkan hartanya hari ini dengan harapan tiga calon lain bagi kerusi DUN berkenaan akan melakukan perkara sama.

"Ini merupakan amalan PSM sejak 1999 untuk menunjukkan kita tidak bertoleransi dengan rasuah dan kita tidak gunakan kedudukan kita sebagai ahli politik untuk mengayakan diri sendiri, kroni, atau keluarga .

"Pada era Malaysia Baru dan politik baru ini, saya harap langkah pertama yang saya ambil di Semenyih akan disusuli calon lain," katanya.

Nik Aziz mengisytiharkan asetnya sebanyak RM15,750, termasuk wang simpanan RM1,000, Perodua Axia Perodua RM34,000. Beliau mempunyai hutang pinjaman pendidikan RM19,250.

Nik Aziz yang merupakan usahawan pusat urut juga mengisytiharkan pendapatan bulanan sebanyak RM1,800.

Diminta mengulas lanjut, Nik Aziz berkata, terpulang kepada rakyat untuk menilai sekiranya calon tertentu enggan mengisytiharkan aset.

"Bagi saya semua calon sepatutnya (mengisytiharkan harta), kita nak tunjukkan politik baru, saya rasa benda ini perlu dilakukan.

"Saya serah kepada rakyat untuk menilai sekiranya mereka tidak mengisytiharkan harta. Saya tak mahu hakimi mereka. Rakyat akan lihat siapakah calon yang jujur dan ikhlas umum harta dan siapa mahu sembunyi," katanya.

Lihat Komen