malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Jaga adab, pengerusi SPR ingatkan penyokong parti
Diterbitkan:  Feb 16, 2019 9:18 PM
Dikemaskini: 1:18 PM
ADS

PRK SEMENYIH | Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun meminta semua calon dan parti yang bertanding pada pilihan raya kecil Semenyih supaya menjaga adab mereka.

"Saya ingin meminta semua calon dan ahli parti yang terlibat di dalam mana mana pilihan raya untuk sentiasa berhemah dan mengikut arahan-arahan polis demi menjaga keselamatan pada setiap masa.

"Pilihan raya bukan medan perang. Mari kita semua tunjuk pada dunia bahawa kita beradab dan matang," katanya.

Kenyataan Azhar itu dibuat selepas penamaan calon yang berlangsung hari ini dicemari beberapa insiden.

Ketua Pemuda Bersatu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa beliau hampir diserang oleh penyokong BN selepas pencalonan berakhir.

Sementara itu, penyokong PSM juga berdepan dengan tindakan penyokong BN yang melaungkan perkataan 'hancing' dan 'anjing' kepada mereka ketika berarak ke pusat penamaan calon.

Pilihan raya kecil Semenyih menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Bersatu, BN, PSM dan calon bebas Kuan Chee Heng.

Ia dijadual berlangsung pada 2 Mac ini.

Lihat Komen