malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Hadi elak media, dijaga '4 pengawal peribadi' - Laporan
Diterbitkan:  Feb 16, 2019 7:05 PM
Dikemaskini: 11:05 AM
ADS

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dilaporkan mengelakkan diri daripada ditemubual wartawan yang mahu mendapatkan penjelasannya mengenai kenyataan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad bahawa PAS tidak akan menyokong Umno pada pilihan raya kecil akan datang.

Berita Harian melaporkan Abdul Hadi diiringi pengawal peribadi selepas menyampaikan ucapan penutupan Majlis Ijtimak Siber Malaysia di Chukai, petang tadi.

"Bagaimanapun, sebaik majlis selesai, Hadi yang dikawal sekurang-kurangnya empat individu berpakaian pengawal peribadi, terus meninggalkan perkarangan dewan dengan menaiki Nissan Xtrail.

"Turut berada bersamanya dalam kenderaan itu adalah Setiausaha Politiknya, Syahir Sulaiman.

"Usaha wartawan mendekati ahli parlimen Marang itu untuk mendapatkan penjelasan lanjut juga tidak diendahkan," kata laporan itu.

Terdahulu hari ini, Mahathir memetik Abdul Hadi semasa pertemuan semalam berkata PAS tidak akan menyokong Umno pada PRK Semenyih.

Umno mempertikai kenyataan itu, naib presiden parti Ismail Sabri Yaakob berkata ramai pemimpin PAS hadir menyokong BN di pusat penamaan calon hari ini.

Ini termasuklah Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, Naib Presiden Idris Ahmad dan Iskandar Abdul Samad serta Persuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi.

Lihat Komen