malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Hakim sedia dedah lanjut di RCI tetapi kesal keengganan CJ
Diterbitkan:  Feb 14, 2019 8:46 PM
Dikemaskini: 1:10 PM
ADS

Hakim Mahkamah Rayuan Hamid Sultan Abu Backer, yang mendakwa salah laku badan kehakiman dalam sebuah afidavit, bersedia untuk mendedahkan lebih lanjut jika sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dibentuk untuk menyiasat perkara itu.

Walau bagaimanapun, Hamid melahirkan rasa kesal kerana Ketua Hakim Negara Richard Malanjum tidak memohon supaya suruhanjaya itu ditubuhkan.

“Kandungan afidavit saya ini adalah prima facie untuk mendedahkan salah laku perlembagaan dan kehakiman sebelum pilihan raya serta selepas pilihan raya yang masih berterusan tanpa sebarang akibat oleh sebab wujudnya material yang secukupnya untuk menyatakan bahawa hakim tertinggi sekarang adalah berterusan untuk mengelirukan prang awam melalui berkonspirasi untuk menyembunyi jenayah kehakiman.

“Ketua Hakim Negara sendiri dalam tidak menubuhkan suatu RCI apabila Mallis Peguam secara awam telah memohon untuk penubuhannya dua kali - ini merupakan suatu kekecewaan dan penyesalan,” katanya.

Hamid berkata, bekas ketua hakim negara, Abdul Hamid Mohamad secara sinis mempersoalkan integriti Malanjum kerana mencadangkan agar siasatan dalaman dijalankan.

Abdul Hamid Mohamad

Mengulas kenyataan Malanjum mengenai siasatan dalaman, Abdul Hamid mencadangkan agar siasatan dijalankan terhadap keputusan rayuan Presiden PKR, Anwar Ibrahim terhadap kesalahan liwat pertama beliau.

Secara khusus, beliau berkata siasatan itu perlu menentukan sama ada terdapat campur tangan apabila Hakim Mahkamah Persekutuan Rahmah Hussain mengubah fikirannya untuk memberikan penghakiman menentang setelah pada mulanya bersetuju dengan draf keputusannya (Abdul Hamid) sendiri.

Abdul Hamid berkata perlu dipastikan jika ada mana-mana hakim yang menulis atau membantu Rahmah dalam penghakiman menentang itu dan untuk mengenal pasti hakim tersebut tetapi terus menambah bahawa Malanjum tidak seharusnya terlibat dalam siasatan berkenaan demi untuk mengelakkan konflik kepentingan.

“Ketua Hakim Negara (sekarang) tidak pernah menjawab artikel ini (oleh Abdul Hamid). Badan kehakiman darn ahli teratas tahu dan itulah sebebnya dia tidak boleh melakukan apa-apa kecuali untuk terikat oleh arahan mereka,” katanya.

Pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan membatalkan penghakiman bersalah yang dijatuhkan ke atas Anwar.

Sementara itu, Hamid juga menyatakan bahawa dua bekas ketua hakim negara telah mempersendakan Malanjum setelah beliau mengangkat sumpah jawatannya.

“Sejurus selepas Ketua Hakim Negara telah mengambil ikrarnya, suatu upacara telah diadakan di Putrajaya.

“Dalam upacara tersebut, Ketua Hakim Negara telah memberi suatu ucapan dalam kehadiran hakim-hakim dan presiden Majlis Peguam, yang duduk di hadapan saya. Semasa ucapan tersebut, dua bekas Ketua Hakim Negara telah bercakap antara satu sama lain sambil ketawa untuk menjatuhkan imej Ketua Hakim Negara.

“Presiden Majlis Peguam amat kecewa tentang kelakuan ini dan beliau berpaling kepada saya dan menyatakan 'why are these people so rude'." katanya.

Hamid berkata bahawa pada pandangannya, tiada hakim atau pihak berkuasa kehakiman yang seharus menentang penubuhan RCI.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Malanjum untuk mendapatkan ulasannya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen