malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kebakaran Gunung Baling, api kembali marak - Bomba
Diterbitkan:  Feb 12, 2019 11:29 AM
Dikemaskini: 3:29 AM
ADS

Kebakaran di Gunung Baling yang hampir dipadamkan sepenuhnya kembali marak pada pukul 1 pagi tadi, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling Mohd Jamil Mat Daud.

Beliau berkata kebakaran berlaku di kawasan yang telah berjaya dipadamkan sebelum ini dan ia berkemungkinan akan merebak ke kawasan baru.

“Kita mengesan api hidup semula sekitar pukul 1 pagi tadi. Operasi pagi ini bermula pukul 8 pagi di mana kita telah menghantar dua pasukan pemadam yang terdiri daripada 15 anggota bomba ke kawasan kebakaran.

“Cuma keadaan muka bumi di kawasan yang terbakar bercerun dan mengambil masa satu jam setengah untuk mendaki kawasan tersebut dan itu melambatkan tindakan untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika dhubungi Bernama, hari ini.

Punca kebakaran di Gunung Baling yang berlaku sejak 6 Feb lepas itu masih belum dikenal pasti, namun bomba tidak menolak kemungkinan ia disebabkan aktiviti pendakian.

- Bernama

Lihat Komen