malaysiakini logo
story-image
ADS

Pihak polis menembak mati dua orang suspek anggota sindiket penculikan yang memeras ugut dengan menyasarkan warga asing, serta menyelamatkan seorang rakyat Bangladesh di Cheras, Kuala Lumpur pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata suspek yang dipercayai warga asing juga memulakan tembakan terhadap sepasukan anggota keselamatan dari Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur yang menyerbu sebuah rumah di Taman Mudun jam 1.35 pagi.

"Pagi ini, sepasukan polis dari Kuala Lumpur menyerbu sebuah rumah di Taman Mudun yang mana mereka terlibat berbalas tembakan dengan dua warga asing.

"Suspek terbunuh dalam kejadian tembak-menembak itu dan polis berjaya menyelamatkan seorang mangsa culik yang berumur sekitar 30-an dari Bangladesh," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Dzaffir berkata salah seorang suspek yang ditembak mati dipercayai berperanan sebagai orang penting dalam sindiket penculikan itu. Bagaimanapun tiada dokumen pengenalan diri ditemui di sisi suspek.

Menurut Dzaffir mangsa diculik di Sentul, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu sebelum disembunyikan di rumah berkenaan

Polis turut merampas sepucuk pistol berukuran 9mm dan sebilah parang di tempat kejadian.

Dzaffir berkata kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh kerana suspek melepaskan tembakan ke arah anggota polis.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen