BERITA

Gempa bumi gegar Bandung

11 Feb 2019, 7:56 am

Dikemaskini setahun lepas

A
+
A
-

Gempa bumi bermagnitud 4.1 pada Skala Richter menggegarkan tenggara Bandung, Jawa Barat tengah hari ini.

Gempa berpusat di 17 Km Tenggara Kabupaten Bandung, Jawa Barat itu berlaku pada jam 1.08 minit waktu Indonesia Barat.

Menurut Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG), gegaran gempa itu dirasai di daerah Bojongsoang dan Banjaran Kabupaten Bandung .

Tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

Tiada laporan kerosakan dan kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Sementara itu, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu kenyataan berkata pelajar-pelajar Malaysia di Bandung dilaporkan selamat dan tidak terjejas dengan kejadian itu.

"Kedutaan akan terus memantau situasi ini. Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular sila hubungi talian +62215224947," kata kenyataan itu.

- Bernama

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.