malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Rakyat muak dan jelik dengan polemik dalaman PKR, kata Akmal
Diterbitkan:  Feb 11, 2019 3:04 PM
Dikemaskini: 7:41 AM
ADS

Ketua Pemuda PKR (AMK), Akmal Nasir mengingatkan anggota dan pemimpin parti agar sentiasa mengikut ketetapan perlembagaan dan peraturan organisasi.

Katanya, struktur yang ada wajar dihormati dan anggota AMK seharusnya menggembeling tenaga untuk memperjuangkan nasib anak muda seperti memastikan prestasi kerajaan, akses pendidikan, peluang pekerjaan dan masa depan yang lebih baik.

“Bagi segelintir yang tidak mahu maju ke hadapan dan sebaliknya masih berebut soal kedudukan dan jawatan, sedarlah bahawa rakyat berasa muak dan jelik dengan polemik dalaman parti.

“Jangan kita menjadi angkuh, taksub atau terikut-ikut dengan kepentingan peribadi, sebaliknya kita perlu ikhlas dengan perjuangan reformasi.

“Saya yakin kebanyakkan anggota AMK di peringkat akar umbi lebih berminat untuk berkhidmat kepada masyarakat terutamanya golongan muda,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Akmal dipercayai merujuk kepada kenyataan bekas timbalan ketua Pemuda PKR Dr Afif Bahardin yang menolak dakwaan bahawa beliau cuba memulaukan kepimpinan ketua pemuda baru parti itu.

Afif sebelum ini mendakwa bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk memulakan langkah itu kerana hanya memegang jawatan timbalan ketua Bahagian Permatang Pauh.

"Saya tidak mampu menerajui langkah itu kerana saya tidak mempunyai kuasa atau kedudukan untuk melakukannya, saya hanya ahli biasa dan timbalan ketua bahagian Permatang Pauh," kata Afif kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun, Afif berkata tugas untuk menyatukan semua anggota adalah tanggungjawab Akmal dan ini adalah cabarannya sebagai ketua pemuda.

Afif berkata demiian ketika menafikan laporan The Malaysian Insight hari ini yang bertajuk "Azmin-Rafizi feud continues to dog PKR Youth" bahawa penyokongnya enggan bekerjasama dengan kepimpinan pemuda di Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen