Pengiklanan

    Kes Scorpene: Peguam Perancis akan jumpa AG


    (Dikemaskini )

    Dua peguam Perancis yang mewakili NGO Suaram bagi memfailkan tindakan undang-undang di negara itu mengenai pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia sedang berada di Kuala Lumpur dari 10 ke 1 Februari ini.

    Salah seorang peguam itu, William Bourdon yang pernah dilarang masuk ke negara oleh pentadbiran BN sebelum ini pada 2011 dibenarkan melepasi imigresen lapangan terbang Malaysia semalam.

    Bourdon ditemani rakan sejawatnya peguam Apoline Cagnat.

    Mereka disambut Pengarah NGO Center to Combat Corruption and Cronyism (C4) Cynthia Gabriel dan Pengarah Eksekutif Suaram, Seven Doraisamy.

    Menurut Gabriel, para peguam tersebut berada di sini untuk bertemu Peguam Negara Tommy Thomas mengenai urus niaga kapal selam Scorpene yang kontroversi itu.

    Dua pegawai tinggi Malaysia didakwa menerima suapan berjumlah ratusan juta ringgi daripada syarikat pembuat kapal DCNS and Thales.

    Gabriel berkata pasukan peguam itu akan mengadakan sidang akhbar selepas mesyuarat di Putrajaya besok.

    "Kami berharap dapat merangka pelan tindakan konkrit untuk meneruskan perkara ini. Kami telah menunggu selama tujuh tahun untuk membicarakan para pegawai korup yang terlibat dengan skandal itu.

    "Saya yakin, pihak berkuasa di Malaysia Baru ini akan melakukan tindakan yang betul," kata Gabriel kepada Malaysiakini.

    [Baca berita penuh] 

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih