Pengiklanan

    Kapal M'sia berlanggar dengan kapal Greece di kawasan pertikaian

    (Dikemaskini )

    Sebuah kapal Malaysia dilaporkan berlanggar dengan kapal pengangkut pengangkut pukal yang berdaftar di Greece di kawasan perairan pertikaian antara Malaysia dan Singapura, berhampiran Tuas, hari ini.

    Menurut kenyataan Pihak Berkuasa Pelabuhan dan Maritim Singapura (MPA), kapal Malaysia, MV Polaris berlanggar dengan kapal pengangkut yang didaftarkan dengan nama Piraeus pada pukul 2.28 petang tadi.

    Kejadian berlaku ketika Piraeus dalam perjalanan dari Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor, kata MPA.

    MPA berkata ia berlaku di "dalam had pelabuhan Singapura berdekatan Tuas".

    "MPA khuatir keberadaan kapal di sempadan pelabuhan kami tanpa kebenaran boleh menyebabkan kekeliruan di kalangan komuniti perkapalan antarabangsa dan mengancam keselamatan pelayaran di perairan kami.

    "Kami sedang menyiasat insiden ini," katanya lagi.

    Berdasarkan data pengesan di laman Marine Traffic, Malaysiakini mendapati MV Polaris dalam tempoh 24 jam ini berada di kawasan perairan yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Singapura.

    Kapal Piraeus pula tiba di Pelabuhan Tanjung Pelepas pada pukul 3.59 petang.

    Malaysiakini telah menghubungi Wisma Putra untuk maklum balas berhubung perkara ini.

    Tiada laporan berkenaan kemungkinan tangki minyak pecah ekoran pelanggaran itu, dan tidak jelas jika ada kecederaan membabitkan anak kapal.

    Interaktif: Perbalahan maritim antara Malaysia-Singapura


     

    Belanjawan 2020
    • Infografik
      Carta & Graf
    • Kuiz
      Apa anda dapat?
    • Undian
      Suka atau tidak?
    • Laporan langsung
      Laporan langsung kami

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih