malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Azmin: Rundingan ECRL masih berjalan
Diterbitkan:  Feb 9, 2019 6:40 PM
Dikemaskini: Feb 10, 2019 5:08 AM
ADS

Rundingan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) antara Malaysia dengan China masih berjalan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali.

"Kabinet telah memutuskan perkara ini terbuka untuk perbincangan. Ada perkembangan baru yang perlu dibincangkan bersama (antara Malaysia dengan China) dan kita perlu beri ruang kepada pihak terlibat untuk terus berbincang.

"Dan selepas ia selesai, kita akan kembali ke kabinet dan beritahu orang ramai tentang keputusannya," kata Azmin ketika ditemui dalam program di Subang Jaya, hari ini.

Timbul kekeliruan berhubung status ECRL akhir bulan lalu, apabila Azmin berkata kerajaan memutuskan untuk membatalkan projek itu sedangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan sebaliknya.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kemudian berkata rundingan masih berjalan.

Berhubung sama ada projek itu bakal menyaksikan syarikat pemaju tempatan dilantik, Azmin berkata masih terlalu awal untuk menyentuh tentangnya.

Sebuah projek era BN dengan sokongan China, kerajaan PH mendakwa ECRL terlalu mahal.

Mahathir berkata pampasan yang perlu dibayar untuk pembatalannya lebih murah berbanding hutang yang bakal ditanggung jika ia diteruskan.

Lihat Komen