malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Ijazah Marzuki: Kami belum tahu apa yang berlaku, kata Dr M
ADS

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad berkata tiada keputusan dibuat berkenaan Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya yang didakwa memiliki ijazah palsu.

Ditanya berhubung perkara itu dalam satu majlis di George Town, Pulau Pinang hari ini, Mahathir yang juga pengerusi Bersatu hanya berkata, "Kami belum benar-benar tahu apa yang berlaku".

Marzuki yang juga pengerusi Bersatu Pulau Pinang menjadi perhatian apabila ada laporan polis mendakwa beliau tidak menamatkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Cambridge di UK.

Beliau kemudian menjelaskan ijazahnya daripada Cambridge International University (CIU) di Amerika Syarikat.

Pelbagai pihak mendesaknya agar meletakkan jawatan sebagai timbalan menteri atas dasar integriti amat penting untuk memegang jawatan itu.

Sementara itu, setiausaha Bersatu Pulau Pinang Azahari Aris dan beberapa lagi pemimpin parti negeri menyuarakan sokongan terhadap Marzuki.

Azahari berkata mereka enggan melayan kritikan terhadap Marzuki dan menggesa pihak terbabit menyerahkan perkara itu kepada polis.

"Tetapi kami ingin nyatakan solidariti terhadap Marzuki. Beliau seorang pemimpin yang baik dan kami menyokongnya kerana itu.

"Atas kerjanya, beliau dilantik sebagai senator dan kemudian timbalan menteri. Kami berbangga dengannya," kata Azhari.

Berhubung soal integriti, Azahari berkata sebuah parti politik tidak melihat kepada kelayakan akademik untuk menilai sesiapa yang ingin menjadi ahli.

"Semua orang bolah masuk parti. Jika dia bagus dan buat kerja dengan baik, dia akan naik. Kami tidak minta sijil.

"Inilah amalannya, sama ada dalam Pakatan Harapan atau Umno. Kami bukan entiti perniagaan atau syarikat swasta," katanya lagi.

Lihat Komen