Pengiklanan

    MyEG didenda RM9.4juta

    (Dikemaskini )

    Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) memberi amaran kepada MyEG Services Bhd supaya mematuhi keputusan Tribunal Rayuan Persaingan (CAT) pada 28 Dis, 2018 supaya syarikat itu membayar denda harian sebanyak RM7,500.

    Penalti itu kini berjumlah RM9.46 juta.

    MyCC dalam satu kenyataan berkata selepas penolakan permohonan Semakan Kehakiman MyEG oleh Mahkamah Tinggi pada 22 Jan, 2019, suruhanjaya itu telah mengarahkan peguamnya untuk menuntut pematuhan perintah seperti yang dinyatakan dalam perenggan 58 (iii) dan 58 (iv) keputusan CAT serta bayaran penalti harian.

    "Penalti harian sebanyak RM7,500.00 akan terus dikumpul sehingga MyEG patuh ke atas arahan yang dikenakan oleh CAT dalam perenggan 58 Keputusan CAT, dengan jumlah terkumpul penalti kewangan setakat ini sebanyak RM9.46 juta," kata MyCC.

    MyCC ialah pihak berkuasa persaingan utama yang bertanggungjawab menjaga proses persaingan di Malaysia, dan ia bersedia untuk mengambil semua tindakan yang dianggap perlu dalam memastikan MyEG akur dengan arahan terbabit.

    Pada 25 Jan, MyEG dilaporkan berkata ia akan merayu terhadap penalti yang dikenakan oleh MyCC kerana menyalahgunakan kedudukan pasarannya dalam peruntukan dan pengurusan pembaharuan permit pekerja asing dalam talian.


    -- Bernama

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih