Pengiklanan

    47 rakyat M'sia dijel di Kemboja disyaki terlibat perjudian - Wisma Putra

    (Dikemaskini )

    Wisma Putra mengesahkan 47 rakyat Malaysia ditahan di Kemboja sekarang kerana disyaki terlibat kegiatan perjudian dalam talian.

    Mereka ditahan sejak 11 Disember tahun lalu dan Wisma Putra diberitahu secara lisan oleh pihak polis Kemboja pada 28 Disember lalu.

    "Berikutan makluman itu, para pegawai Kedutaan Malaysia di Phnom Penh telah melawat para tahanan bagi memastikan keadaan mereka selepas menerima maklumat terperinci dan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan.

    "Lawatan itu mendedahkan kebanyakan tahanan ditawarkan pekerjaan dan bayaran yang menarik," kata Kementerian Luar pada suatu kenyataan hari ini.

    Kenyataan itu menjelaskan nota diplomatik telah dihantar bagi meminta pembebasan tahanan.

    Borneo Post melaporkan seramai 44 orang daripada 47 tahanan itu berasal dari Sarawak., manakala terdapat berbelas orang gadis muda daripada kumpulan yang ditahan itu.

    "47 orang rakyat Malaysia ini daripada keluarga miskin yang menjadi mangsa penipuan pemerdagangan manusia dan ditahan di penjara di Kemboja tanpa perbicaraan dan tanpa pengetahuan Kedutaan Malaysia (di Kemboja).

    "Kebanyakan mereka dalam usia muda, berumur antara 18 ke 20 tahun dan dijanjikan tawaran pekerjaan dengan gaji yang tinggi oleh para penipu," kata Anggota Parlimen Julau Larry Sng, petik laporan itu.

    Bawa balik

    Tidak jelas pekerjaan yang ditawarkan sindiket penipuan di Kemboja itu.

    Terdahulu Bernama melaporkan rayuan seorang ibu, Zunita Sedini yang meminta bantuan kerajaan untuk membawa pulang anak sulungnya Yusuf Islam bersama 46 lagi rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Kemboja sejak 16 Disember lepas, dipercayai akibat ditipu sindiket pemerdagangan manusia.

    Zunita, 45, berkata anaknya yang baru habis menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dijanjikan peluang pekerjaan dengan bayaran lumayan sehingga US$1,500 (lebih RM6,000), namun semuanya hanya sandiwara apabila setibanya di Kemboja mereka tidak mendapat pekerjaan yang dijanjikan.

    "Saya minta tolong dan merayu kepada Wisma Putra untuk membawa balik kesemua 47 rakyat Malaysia yang tidak bersalah itu pulang,” katanya.

    Belanjawan 2020
    • Infografik
      Carta & Graf
    • Kuiz
      Apa anda dapat?
    • Undian
      Suka atau tidak?
    • Laporan langsung
      Laporan langsung kami

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih