malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kek, buah tangan mufti Wilayah pada jiran Cina
Diterbitkan:  Feb 4, 2019 8:28 PM
Dikemaskini: 12:28 PM
ADS

Mufti Wilayah Dr Zulkifli Mohamad hari ini memberikan buah tangan berupa kek kepada jiran-jirannya yang berbangsa Cina sebagai cenderahati sempena sambutan tahun baru masyarakat itu.

"Hari ini saya meraikan jiran-jiran saya yang berbangsa Cina dengan kek sempena Tahun Baru Cina. 

"Mungkin ini hanya hadiah tahunan yang kecil, namun saya amat berharap ianya mampu menyumbang sesuatu kepada keharmonian rakyat Malaysia berbilang bangsa.

"Marilah kita kembali kepada asas yang hakiki bahawa kita sebenarnya satu keluarga besar yang bernendakan Adam dan Hawa.

"Zahirkan keindahan Islam, sebarkan semangat perpaduan," katanya pada suatu hantaran di Facebook.

Zulkifli berkata Islam meraikan kepelbagaian agama dan bangsa, merujuk kesantunan akhlak Nabi Muhammad SAW boleh mengenepikan tembok bangsa dan agama.

"Hidup beragama ini sebenarnya indah dan mudah jika kita memahami kehendak agama, juga batasannya. Islam meraikan kepelbagaian agama dan keberagaman bangsa.

"Betapa sejarah kehidupan Rasulullah SAW sendiri membuktikan bahawa tembok bangsa dan agama boleh diketepikan dengan akhlak dan kesantunan," jelasnya lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen