malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Suspek letupan gereja di Jolo serah diri
ADS

GLOBAL | Suspek utama insiden letupan berkembar maut yang melanda selatan Filipina lewat bulan lepas telah menyerah diri kepada pihak berkuasa, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan ketua Polis Kebangsaan Filipina (PNP) pada Isnin.

Ketua Pengarah PNP, Oscar Albayalde berkata suspek, yang hanya dikenali sebagai Kamah, bagaimanapun menafikan penglibatan dalam insiden pengeboman gereja yang meragut 22 nyawa dan mencederakan lebih 100 orang pada 27 Jan di Jolo, di selatan wilayah Sulu.

Albayalde berkata Kamah, seorang pelajar, telah menyerah diri bersama-sama empat individu lain pada hujung minggu di Jolo.

Polis mendakwa Kamah, yang disyaki menganggotai Ajang-Ajang iaitu subkumpulan Abu Sayyaf, telah dilihat berhampiran gereja itu sebelum letupan berlaku.

Empat suspek lain letupan itu, yang dikesan oleh kamera pengawasan jalan, turut tampil minggu lepas untuk menafikan dakwaan tersebut.

Kesemua suspek telah dibebaskan oleh polis.

Tiada tangkapan dibuat berhubung insiden letupan berkembar itu setakat ini.

- Bernama

Lihat Komen