malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Najib: Saya tak pernah bayar Hadi, PAS RM90 juta
Diterbitkan:  Feb 3, 2019 10:36 PM
Dikemaskini: 2:36 PM
ADS

Bekas perdana menteri Najib Razak berkata hari ini beliau tidak pernah membayar RM90 juta kepada PAS atau presiden parti itu Abdul Hadi Awang.

Beliau menjelaskan memandangkan PH sedang berkuasa, katanya cukup mudah untuk memeriksa akaun bank jika wang mengalir masuk ke dalam akaun pemimpin PAS.

"Saya tidak pernah membayar RM90 juta kepada Abdul Hadi Awang atau kepada parti PAS.

"Perlu diingat bahawa pihak berkuasa di bawah kerajaan PH sudah membuat siasatan yang sangat teliti terhadap akaun-akaun saya dan Umno sejak PRU14, iaitu hampir 9 bulan dahulu.

"Jika ianya benar ada sebarang bayaran dari saya ataupun dari Umno, sudah tentu kerajaan PH akan mengambil kesempatan untuk membeku akaun bank Presiden PAS ataupun akaun parti PAS.

"Adalah amat tidak adil untuk PAS diserang dan difitnah berterusan tentang isu ini," katanya dalam suatu kenyataan di Facebook.

Kenyataan Najib itu sehari selepas PAS menarik balik saman fitnahnya terhadap editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang telah membuat tuduhan tersebut.

Rewcastle-Brown hari ini mengalu-alukan penyelesaian di luar mahkamah sebagai kerana beliau tidak perlu menarik keluar artikel yang disaman PAS itu.

Rewcastle-Brown, pertama kali mendedahkan skandal 1MDB, mendakwa dalam artikel 6 Ogos 2016 bahawa Najib menarik sokongan PAS menjelang pilihan raya umum dan sejumlah RM90 juta telah mengalir ke dalam akaun para pemimpin tertingginya.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang kemudian menyaman Rewcastle-Brown di mahkamah London pada 21 April 2017 berhubung dakwaan tersebut.

Lihat Komen