malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Badan khas tangani tuduhan pembangkang, kata Dr M
ADS

Pakatan Harapan (PH) akan menubuhkan satu badan baru untuk menangani tuduhan pembangkang serta menyatakan kejayaan kerajaan persekutuan.

"Kita dapati rakyat tidak mengetahui apa yang sudah dilakukan kerajaan kerana kita tidak ada (mekanisme) penjelasan secara bersama," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

"Sebab itu kita akan mengadakan satu badan yang akan periksa tuduhan terhadap PH, juga (menyatakan) apa yang dilakukan oleh PH sejak mengambil alih (pentadbiran).

"Walaupun ramai menganggap gabungan PH ini tidak mungking berjaya, tetapi hakikatnya sejak kita ambil alih kita boleh bekerja sesama kita dan laksanakan segala dasar kerajaan dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan bidang lain," katanya lagi.

Mahathir mengumumkan pelantikan Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Bersatu Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya PH.

Beliau juga berkata kerajaan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa seperti Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) untuk meneliti dan memutuskan soal-soal ekonomi.

"Tetapi (memakai) nama lainlah...Supaya tindakan dibuat lebih cepat daripada sekarang. Sekarang agak berpecah kerana tiada satu badan (untuk mengendalikan isu ekonomi," katanya lagi.

MTEN ditubuhkan pada Januari 1998 untuk memberi nasihat kepada kabinet susulan krisis kewangan yang melanda Asia pada masa itu.

Lihat Komen