malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Akhbar Tamil Nesan bakal tutup 1 Feb
Diterbitkan:  Jan 28, 2019 11:22 PM
Dikemaskini: Jan 29, 2019 3:59 AM
ADS

Surat khabar Tamil Nesan, antara surat khabar yang tertua di Asia Tenggara akan ditutup 1 Februari ini selepas 96 tahun beroperasi.

Pengarah Urusan Tamil Nesan S Velpaari ketika dihubungi Bernama News Channel (BNC) mengesahkan akhbar itu yang mula beroperasi pada tahun 1924 akan ditutup.

Isu pertama akhbar Tamil Nesan diterbitkan pada 24 September 1924 dan disasarkan untuk masyarakat India.

Selain Tamil Nesan, akhbar Tamil di negara ini termasuk Malaysian Nanban, Makkal Osai dan Tamil Malar.

- Bernama

Lihat Komen