Pengiklanan

    Dr Mahathir: M'sia kutuk Israel, tapi bukan anti Yahudi

    (Dikemaskini )

    Malaysia berpendirian untuk mengutuk negara Israel tetapi tidak anti-Yahudi atau anti-Semitik, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

    "Malaysia tidak anti-Yahudi atau anti-Semitik. Orang Arab juga adalah orang Semitik. Tetapi kami berhak untuk mengutuk tindakan yang tidak berperi kemanusiaan dan menindas di mana-mana pun juga, oleh sesiapa sahaja.

    "Kami telah mengutuk Myanmar kerana layanan terhadap orang Rohingya. Kami telah mengkritik banyak negara dan orang kerana tindakan tidak berperi kemanusiaan," katanya dalam suatu hantaran terbaru di blognya.

    Orang Semitik merujuk kepada kumpulan etnik, budaya atau ras yang berkongsi akar bahasa yang sama di timur tengah, termasuklah Yahudi dan Arab.

    Dr Mahathir menjelaskan Malaysia tidak ada sebarang hubungan diplomatik dengan Israel yang ditanggapinya sebagai negara penjenayah dan memang patut dikutuk.

    "Kami tahu sokongan yang kuat kepada Israel. Kami tidak dapat bertindak terhadap Israel tanpa enggan mengiktiraf negara itu.

    "Kami kekal berpendirian memiliki hak untuk melarang warga Israel dari masuk ke nagara kami," tulisnya lagi.

    Perdana menteri juga merayu pihak yang bersimpati dengan perjuangan Palestin untuk turut sama mengutuk Israel.

    "Saya merayu pihak yang bersimpati dengan perjuangan Palestin untuk menyuarakan kutukan mereka.

    "Keganasan bukanlah jawapan. Suatu strategi yang teratur diperlukan bagi membawa keadilan kepada rakyat Palestin," katanya lagi.

    Belanjawan 2020
    • Infografik
      Carta & Graf
    • Kuiz
      Apa anda dapat?
    • Undian
      Suka atau tidak?
    • Laporan langsung
      Laporan langsung kami

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih