malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Dia nak batal, batallah, boleh anjur acara lain - Dr M
ADS

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad tidak risau apabila Malaysia hilang kelayakan sebagai penganjur Kejohanan Sukan Para Dunia 2019.

Malaysia digugurkan Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) sebagai tuan rumah kejohanan itu kerana melarang penyertaan atlet Israel.

"Dia nak batal, batallah!

"Saya dapati bahawa dunia terpaksa ikut Israel, saya tak faham lah. Kuasa dunia ada kuasa, tapi dia terpaksa ikut Israel. Kita tak ikut," katanya hari ini.

Dr Mahathir diminta mengulas hal berkenaan selepas hadir majlis Perbadanan Putrajaya di pusat pentadbiran negara itu.

Perdana menteri berkata Malaysia tetap dengan pendiriannya Israel sebuah "negara penjenayah" yang melanggar undang-undang antarabangsa tanpa teguran dari negara-negara lain.

Mahathir turut ditanya pemberita jika pembatalan penganjuran sukan tersebut akan memberi kesan peluang negara untuk menganjurkan kejohanan sukan antarabangsa pada masa hadapan.

Menjawab soalan itu, Mahathir berkata,"kita tak boleh menganjur paralimpik, kita boleh menganjur acara lain.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen