malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
ECRL: Bersabarlah, tunggu pengumuman Guan Eng, kata Mahathir
ADS

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad meminta pihak yang ingin mengetahui tentang status projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) supaya bersabar.

Katanya, Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan membuat pengumuman mengenai keputusan muktamad Pakatan Harapan, tetapi tidak menyatakan bila ini akan dilakukan.

“Lim Guan Eng dah buat kenyataan dah? Kita tunggu dia lah.

You wait. Be patient lah,” katanya ketika diminta menguals oleh wartawan selepas sebuah acara di Putrajaya, hari ini.

Disoal sama ada ini bermakna kerajaan belum memutuskan tentang status projek itu, Mahathir sekali lagi meminta semua pihak supaya menunggu pengumuman daripada menteri kewangan.

"Tunggu apa kata Guan Eng," katanya.

Lim dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali baru-baru ini mengeluarkan kenyataan bercanggah mengenai ECRL.

Azmin mengesahkan projek itu telah dibatalkan manakala Lim pula menafikannya, dengan mennyatakan menteri ekonomi itu mungkin tidak mempunyai akses kepada semua butiran mengenai perbincangan projek ECRL.

Ditanya mengenai percanggahan keputusan berkenaan, Mahathir sebaliknya terus meminta semua pihak supaya bersabar.

“Bersabarlah...

"Ada kala kita buat silap, kita harus fahami bahawa ini adalah kerajaan baru, (bagaimanapun) jumlah kesilapan yang kita buat tidak begitu banyak.

"Tetapi orang menyedarinya kerana ini kerajaan baru," katanya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen