malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Saifuddin: Isu Anwar ganti Dr M dah jelas, terang
ADS

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata tidak timbul sebarang isu presiden parti itu, Anwar Ibrahim tidak akan dilantik sebagai perdana menteri kelapan negara.

Kenyataan itu dibuat selepas Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dalam ciapan di Twitter rasminya memuji Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada awal pagi 26 Januari lalu.

"Soalnya pemimpin Pakatan Harapan (PH) kita tahu duduk sebenar perkara ini, dalam keputusan pimpinan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan pengganti selepasnya.

"Dalam Majlis Pimpinan PH kita tahu tahu secara terbuka," kata Saifuddin pada sidang media selepas merasmikan Karnival Youngpreneurs Go! anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Politeknik Kota Bharu, Kelantan, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Azmin yang menyatakan Dr Mahathir berikrar akan berkhidmat sehingga ke akhir hayatnya.

Azmin yang juga menteri hal ehwal ekonomi dalam kenyataan itu antara lain menyatakan rasa syukur dengan perkhidmatan Dr Mahathir.

Beliau turut menyampaikan rasa terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana meyakinkan beliau bahawa Dr Mahathir merupakan pilihan terbaik untuk memimpin negara ini.

Bukan perkongsian umum

Bagaimanapun, Saifuddin ketika ditanya enggan mengulas kenyataan Azmin itu.

Perkara itu katanya, bukan untuk perkongsian umum setakat ini.

"Perkara itu dibincang secara jelas dan terang dalam Majlis Pimpinan PH. Tetapi ia bukan untuk perkongsian umum setakat ini.

"Kerana perkara itu dalam batasan perbincangan yang sangat terang dan nyata. Saya juga tidak akan bercakap bagi pihak timbalan presiden PKR atau Dr Mahathir.

"Soalnya perkara itu jelas, tidak timbul dan tidak berbangkit sama sekali," katanya yang juga menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna.

Ditanya mengapa perkara itu masih dibangkitkan oleh Azmin, beliau enggan mengulas lanjut sebaliknya meminta wartawan bertanya kepada bekas menteri besar Selangor itu sendiri. 

Lihat Komen