malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib tunjuk 'bukti' ECRL batal
Diterbitkan:  Jan 28, 2019 5:34 PM
Dikemaskini: 9:34 AM
ADS

Kekeliruan yang timbul mengenai sama ada projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) akan diteruskan atau dibatal terus bertambah hari ini.

Sekitar jam empat petang hari ini, bekas perdana menteri mendedahkan sepucuk surat yang dikatakan ditulis Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan mengesahkan proke itu ditamatkan.

Malaysiakini cuba mengesahkan ketulenan surat itu dengan Kementerian Kewangan.

Bagaimanapun, Timbalan Menteri Luar China Kong Xuanyou memberitahu CNA kenyataan yang berbeza, berkata rundingan masih berlangsung dan masih belum ada sebarang keputusan.

Kong baru saja bertemu para pegawai Wisma Luar di Kuala Lumpur dalam suatu majlis makan tengahari.

Putrajaya masih belum jelas dengan masa depan ECRL, suatu projek mega yang menelan belanja tinggi bagi menghubungkan Pantai Timur ke Pelabuhan Klang di Selangor.

Pentadbiran baru PH percaya Malaysia tidak mampu membiayai projek berkenaan yang didanai pinjaman bank milik China dan syarikat pembina keretapi milik negara itu.

Urusniaga awal projek ini dirundingkan pentadbiran Najib terdahulu.

Minggu lalu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata kabinet memutuskan pada Khamis lalu bahawa ECRL dibatalkan.

ECRL di bawah bidang kuasa Kemeterian Kewangan. Lim pula enggan mengesahkan atau menafikan laporan pembatalan ECRL dan berkata beliau terkejut dengan pengumuman Azmin tersebut.

Kemungkinan besar pembatalan akan menyebabkan bayaran pampasan yang besar kepada kontraktor atau paling kurang konsesi dalam bentuk tertentu kepada China.

Lihat Komen