malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
MB: Kerja Seperti Mahathir, Kerja Sampai Mati
Diterbitkan:  Jan 28, 2019 1:45 PM
Dikemaskini: 5:45 AM
ADS

Menteri Besar Johor Osman Sapian mengajak penjawat awam Johor mencontohi dedikasi Perdana Menteri Mahathir Mohamad dalam berkhidmat kepada negara.

Osman meminjam kata-kata Mahahir bahawa bintang kebesaran yang paling diminatinya ialah KSM atau Kerja Sampai Mati.

“Walaupun ungkapan itu dinyatakan secara berseloroh tetapi ia memberi makna yang cukup mendalam lebih- lebih lagi ia keluar dari mulut seorang pemimpin yang berusia 93 tahun.

“Memilih kerjaya sebagai penjawat awam, bererti kita memilih untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada rakyat dan negeri.

“Dan saya mengharapkan agar kita semua juga boleh mengunapakai darjah kebesaran KSM yang saya olah menjadi Kerja Seperti Mahathir,” kata Osman.

Beliau berkata demikian dalam majlis amanatnya bersama bersama pegawai-pegawai dan anggota perkhidmatan awam Johor di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri.

Dalam ucapannya, Osman berkata dunia semasa kini berubah dengan cepat dan rutin kerja dari 8 pagi hingga 5 petang dilihat tidak sesuai dengan aspirasi kerajaan semasa.

“Namun jika perlu bekerja di luar waktu pejabat untuk memastikan segala perancangan menepati tarikh akhir, lakukanlah dengan penuh keikhlasan,” katanya.

Beliau juga menggesa penjawat awam negeri negeri memberikan komitmen penuh kepada kerajaan baru.

Lihat Komen