malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Kit Siang ucap tahniah pada Ramli
Diterbitkan:  Jan 26, 2019 10:35 PM
Dikemaskini: 2:35 PM
ADS

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengucapkan tahniah kepada calon BN Ramli Mohd Nor yang menang Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands.

"Saya ucapkan tahniah kepada Ramli kerana menjadi Orang Asli pertama yang dipilih menjadi anggota parlimen di Malaysia," kata Lim dalam suatu kenyataan ringkas malam ini.

Sementara itu, Ketua Pemuda Bersatu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyeru agar pemimpin dan penyokong PH bermuhasabah menghadapi kekalahan di Cameron Highlands.

"Dalam kekalahan, kita perlu banyak bermuhasabah. Jangan salahkan pengundi, salahkan diri sendiri.

"Saya akan bekerja lebih keras untuk anak muda Malaysia. Seperti yang saya janjikan, menang atau kalah, saya tetap akan berkhidmat untuk warga Cameron. Infra sukan luar bandar prioriti saya," katanya yang juga menteri belia dan sukan melalui Twitter.

Keputusan rasmi yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Ramli menang dengan 3,238 majoriti undi selepas meraih 12,038 undi keseluruhan.

Pencabar terdekatnya, calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran meraih 8,800 undi.

Dua calon bebas yang bertanding pula, Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing meraih 276 dan 314 undi. Kedua-dua mereka dijangka kehilangan deposit.

Lihat Komen