Pengiklanan

    SPR puas hati peratusan keluar mengundi

    (Dikemaskini )

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands walaupun tidak mencapai sasaran.

    Ini kerana, menurut Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun, jangkaan tersebut tersasar sedikit daripada peratusan keluar mengundi sedia ada, 68.79 peratus.

    "Jangkaan kita sedikit tersasar 1.2 peratus, saya rasa ramai yang di luar tidak balik untuk undi, 68.79 peratus merupakan peratusan keluar mengundi paling tinggi berbanding empat PRK sebelum ini.

    "Saya amat puas hati dengan peratusan tersebut," katanya kepada pemberita di Dewan SMK Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata hari ini

    Beliau berkata antata faktor peningkatan peratusan jumlah keluar mengundi adalah dinamiknya yang berbeza dengan PRK sebelum ini kerana komposisi kerajaan negeri dan pusat dikuasai parti yang berbeza.

    "Saya rasa dinamik PRK ini berbanding PRK yang lain dimana kita lihat calon yang bertanding itu datangnya dari PH yang mengawal kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri pula BN," katanya.

    Pada masa yang sama, beliau turut mengulas kritikan BN yang mempertikai ketelusan SPR dalam mengendalikan PRK.

    Azhar berkata SPR menyerahkan hal itu kepada rakyat untuk menilai.

    Keputusan PRK Cameron Highlands menyaksikan BN berjaya mempertahankan kerusinya di situ dengan majoriti lebih besar menerusi kemenangan pertama dalam PRK selepas pilihan raya umum lalu.

    Calonnya, Ramli Mohd Nor merupakan ahli parlimen Orang Asli pertama di Dewan Rakyat.

    SPR mengumumkan Ramli meraih 12,038 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada Pakatan Harapan, M Manogaran yang memperolehi 8,800 undi, manakala 2 calon bebas, Sallehudin Ab Talib dan Wong Seng Yee masing-masing mendapat 314 undi serta 276 undi.

    Tukar kepada versi desktop untuk bacaan lebih baik.

    Tukar sekarang Tidak, terima kasih